Tentang Kami

siapa di sebalik projek kahwin

Menguruskan sesuatu persiapan majlis perkahwinan bukanlah satu kerja yang mudah dan singkat. Banyak masa yang perlu dihabiskan serta banyak perancangan yang perlu dilakukan dan banyak perkara perlu diambil kira untuk sesuatu majlis supaya ianya berjalan dengan lancar.

Apa Yang Kami Lakukan

Menyedari ianya bukannya mudah, oleh itu terbinanya portal Projek Kahwin dengan fungsi yang mudah dimana ia dihasilkan berfungsi untuk memudahkan bakal pengantin mencari perkhidmatan perkahwinan serta pakej kahwin yang sesuai untuk majlis yang dilangsungkan dengan mengikut citarasa dan bajet yang sesuai.

Portal Projek Kahwin dibina bagi memudahkan bakal pengantin untuk mencari dan memilih pengusaha perkahwinan dari pelbagai jenis perkhidmatan mengikut kawasa. Dengan ini ia akan memudahkan bakal pengantin mencari pakej kahwin yang sesuai untuk majlis mereka yang diantaranya adalah seperti wedding planner, butik pengantin, katering, jurufoto, solekan, pakej bulan madu, dewan, hotel dan sebagainya.

Memudahkan dan menjimatkan masa itu yang portal Projek Kahwin cuba hasilkan untuk membantu bakal pengantin mencari pakej kahwin yang sesuai untuk majlis mereka.

pengantin
Bakal Pengantin

Dengan portal Projek Kahwin, bakal pengantin boleh membuat carian serta memilih perkhidmatan dari pengusaha-pengusaha produk perkahwinan dari seluruh Malaysia dengan lebih mudah. Bakal pengantin boleh melihat maklumat penuh pengusaha dan hasil kerja mereka sebelum membuat pilihan untuk mendapatkan pakej yang sesuai. Ini dapat menjimatkan masa bakal pengantin dan memudahkan mereka untuk menguruskan majlis perkahwinan supaya dapat berjalan dengan lebih lancar.

Vendor Perkahwinan

Projek Kahwin cuba mewujudkan sebuah medium pemasaran bagi membantu pengusaha-pengusaha produk perkahwinan terutamanya pengusaha bumiputra untuk mengembangkan lagi perniagaan dan melebarkan lagi jenama perniagaan mereka ke seluruh Malaysia dan juga luar negara. Dengan peningkatan portal Projek Kahwin yang semakin pesat, kami yakin kami dapat membantu pengusaha produk perkahwinan ini berkembang dan meluaskan perniagaan mereka.