Blog Projek Kahwin

himpunan artikel perkahwinan

BLOG

7 Pulau Wajib Ada Dalam ‘List’ Untuk Honeymoon

pulau maldives

Selesai sahaja resepsi kedua-dua belah pihak, masa untuk anda berdua ber Honeymoon. Segala penat lelah buat persiapan sebelum dan ketika majlis, inilah masanya untuk anda berehat sambil mengeratkan lagi hubungan diantara pasangan anda.

Indahnya tatkala anda berpegangan tangan ditepi pantai yang membiru, menghabiskan masa bersama insan tercinta di atas pulau yang memukau pandangan sambil menikmati hidangan makanan yang lazat. Romantik gitu.

7 Pulau Wajib Ada Dalam List Untuk Honeymoon

Disini kami ingin kongsikan kepada anda 7 pulau yang wajib ada dalam list untuk honeymoon anda. Bagi yang masih dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga, ini peluang untuk anda buat pilihan lokasi honeymoon yang sesuai untuk anda dan pasangan.

Bagi yang sudah berkahwin, tak salah kalau nak honeymoon semula atau sambut hari ulang tahun perkahwinan anda. Pasti hubungan diantara anda lebih erat dan bahagian.

1. Pulau Mauritius

pulau mauritius list honeymoon

Pulau Mauritius adalah sebuah pulau di barat daya Lautan Hindi, lebih kurang 900km timur Madagaskar. Pulau ini merupakan sebahagian Kepulauan Mascarene, dengan pulau Réunion Perancis. Ia terkenal dengan keindahan kawasan pantai dengan pasir memutih, terumbu karang, iklim sub-tropika serta keindahan persisiran pantai Lautan Hindi.

2. Pulau Maldives

pulau maldives

Pulau Maldives terletak di selatan pulau Lakshadweep, India. Ia terletak kira-kira 700 kilometer atau (435 batu) ke barat daya Sri Lanka. Pulau Maldives merupakan antara pulau yang tercantik di seluruh dunia, ianya memberi nuansa kepulauan yang nyaman dengan pemandangan lautan yang menenangkan.

3. Bora Bora

bora bora

Pemandangan di sini didominasi oleh pantai berpasir putih yang dikelilingi oleh lagun berwarna biru kehijauan, di samping terumbu karang yang sangat indah.

4. Pulau Perhentian

pulau perhentian

Pulau Perhentian terletak di timur laut negeri Terengganu. Pulau Perhentian pernah dinobatkan antara 10 buah pulau tercantik di dunia. Pantainya putih, air lautnya jernih kebiruan dan mempunyai keindahan batu karang yang cukup mengagumkan, malah sempurna sebagai percutian bulan madu.

5. Pulau Bali

pulau bali

Pulau yang penuh eksotik, kaya dengan nilai kebudayaan dan penuh romantis yang terletak di Indonesia. Antara destinasi indah yang boleh dikunjungi ialah Ubud, Nusa Lembongan dan Kintamani.

6. Pulau Sipadan

pulau sipadan

Bagi pasangan yang gemarkan aktiviti menyelam, Pulau Sipadan yang terletak di negeri Sabah merupakan antara pulau bertaraf dunia yang sesuai untuk aktiviti ini. Pantainya yang jernih dengan kehadiran pelbagai spesies hidupan laut mencetuskan perasaan yang mengasyikkan.

7. Pulau Boracay

Pulau Boracay

Pulau Boracay terletak di Asia Tenggara Kepulauan Visayas, ia hanya 196 kilometer sebelah selatan dari ibu kota Filipina, Manila yang terkenal dengan pantai yang bersih dan kebiruan.

0 komen pembaca

PERHATIAN: Review atau maklum balas yang dipaparkan di halaman ini adalah atas tanggungjawab penulis sendiri dan bukanlah atas tanggungjawab pihak Projek Kahwin ataupun Vendor yang dipaparkan. Kami berhak memadam atau menapis mana-mana review yang bersifat SPAM, atau mengandungi kata-kata kesat, lucah atau berbaur politik serta perkauman.