Blog Projek Kahwin

himpunan artikel perkahwinan

BLOG

Guna 5 Langkah Ini Untuk Rancang Bulan Madu Dengan Bajet Terhad

Guna 5 Langkah Ini Untuk Rancang Bulan Madu Dengan Bajet Terhad

Selepas majlis akad nikah dan kenduri pun selesai, kini dah tiba masanya untuk anda berdua lepaskan segala penat lelah merancang majlis perkahwinan dan pergi bercuti ke destinasi bulan madu impian anda.

Tapi sebagai pasangan yang baru berkahwin, selalunya bajet pun kurang. Jadi apa solusinya?

5 Langkah Rancang Bulan Madu Dengan Bajet Terhad

Disini kami ada senaraikan 5 cara bagaimana anda masih boleh menikmati bulan madu impian anda dengan bajet yang sedia ada. Jangan lupa cuba tau!

1. Bincang Dengan Pasangan

Kan nak pergi berdua, jadi anda kena lah ambil kira pandangan si dia. Anda mesti dah tahu apa yang anda mahu jadi sekarang anda hanya perlu tanya dia tentang apa yang dia mahu. Dengan bajet yang ada, apakah destinasi-destinasi yang mungkin anda lawati.

Dari situ, anda boleh sama-sama rancang percutian pertama sebagai suami isteri.

2. Buat Persediaan Awal

Sebelum majlis lagi, anda dah boleh pertimbangkan beberapa destinasi yang mungkin masuk dalam bajet anda. Antara destinasi bajet yang popular untuk bulan madu termasuk Bali, Krabi, Lombok, Phuket, atau pulau-pulau di sekitar Sabah.

Bila dah tahu destinasi yang nak dituju, anda dah boleh buat “research” tentang tempat itu nanti. Jadi awal-awal lagi anda dah boleh buat persediaan tentang pengangkutan, makanan, bajet, tempat-tempat menarik yang nak dituju dan sebagainya.

3. Dapatkan Tiket Diskaun

Di masa kini, ada banyak syarikat penerbangan yang menyediakan diskaun untuk tiket atau pakej-paket percutian pada harga diskaun terutama sekali jika anda rancang percutian dari awal dan tempat tiket beberapa bulan sebelum percutian anda.

Antara yang anda boleh cuba lihat adalah tiket penerbangan dari AirAsia. Syarikat penerbangan ini seringkali mengadakan promosi ke destinasi yang menarik sepanjang tahun. Pastikan anda meluangkan masa untuk ke laman web AirAsia untuk dapatkan harga promosi.

4. Rancang Perjalanan Anda

Semasa berbulan madu, pastikan anda merancang perjalanan anda supaya lebih lancar dan tidak kelam kabut. Selain itu juga, ia dapat menjimatkan kos anda. Antara yang perlu diambil kira adalah kos makan & minum, hotel, tempat untuk dilawati dan pengangkutan.

5. Pilih Pakej Bersesuaian

Jika anda ingin menggunakan pakej dari agensi pelancongan pastikan anda memilih yang betul-betul sesuai dengan bajet anda. Pastikan juga jadual perjalanan yang disediakan juga bersesuaian dengan minat anda.

Ketika ini, banyak agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai pakej menarik untuk berbulan madu buat pengantin baru terutamanya ke Bali, Phuket, Krabi, Maldives dan sebagainya.

0 komen pembaca

PERHATIAN: Review atau maklum balas yang dipaparkan di halaman ini adalah atas tanggungjawab penulis sendiri dan bukanlah atas tanggungjawab pihak Projek Kahwin ataupun Vendor yang dipaparkan. Kami berhak memadam atau menapis mana-mana review yang bersifat SPAM, atau mengandungi kata-kata kesat, lucah atau berbaur politik serta perkauman.